Thursday, May 21, 2009

Berserabut (*_*)

Assalamualaikum,
Akhir2 ni, mata ini seolah-olah berlatih untuk mengikut waktu UK semula. I have not been sleeping earlier than 1, 2 or even 3++ am. Mata ini seolah-olah mengerti bahawa tidak lama lagi aku akan kembali ke Durham, UK untuk meneruskan perjuangan di dalam pembelajaranku. Ya teman-teman di Durham, aku akan kembali berjumpa dengan kamu, kamu yang telah sekian lama mewarnai hidup ini sepanjang keberadaan ku di bumi Durham di hujung tahun 2007 hingga ke awal tahun 2009. ALLAH S.W.T telah sekali lagi memberikan kita peluang untuk bertemu semula, insyaALLAH.
Selain itu, hal2 lain yg ku sibukkan di akhir-akhir ini adalah membeli belah barang-barang untuk keperluan ku di sana kelak. Ini kerana aku pergi kali ini di atas pembiyaan ibubapa ku.. Maafkan aku ayahanda & ibunda kerana terpaksa menyusahkan kalian. Selagi hayatku di kandung badan, selagi umurku masih panjang, insyaALLAH akan ku balas jasa kalian sepertimana yg kalian telah baktikan kepadaku. Ya ALLAH, panjangkanlah umur ku serta umur kedua org tua ku ini agar aku masih dapat berbakti kepada kedua-dua mereka, AMIN..
Semakin dekat tarikh pemergianku ke sana, semakin pening kepala ku untuk menyelesaikan sesi packing pakaian, makanan semua ke dalam begku. Kadangkala terfikir terlalu byk benda yg aku bawa ke? Hehe, bukan apa, aku akan pergi seorang kali ini, jadi untuk menyenangkan perjalananku, lebih baik membawa jumlah beg yang paling minima sebab tiada yang akan menemankan perjalanan daripada Heathrow ke Stesen Kereta api King's Cross. Ya ALLAH permudahkanlah perjalanan ku kali ini sepertimana ENGKAU permudahkan perjalanan ku yang sebelum-sebelum ini.. AMIN.. Below's a sneak peak on how my packing session looked like:
Selain daripada itu, aku risau dengan penyakit H1N1 yang melanda dunia ketika ini. Membaca blog lutfi yg terkini, aku risau barang2 di dalam beg ku akan diperiksa sepertimana yang terjadi kepada dia. Ya ALLAH, jauhkan aku daripada semua itu! Kini aku hanya mampu berdoa, berserah dan memohon kepadaNYA yang maha mengetahui dan memahami segala apa yang tersirat di dalam hati ini.
Hari ini zeah mengajak untuk menonton wayang namun aku benar2 tiada kekuatan untuk pergi bersuka ria hari ini.. mungkin kerana aku lambat sangat tido semalam. So, hari ku dipenuhi dengan sesi membasuh pakaian, untuk memastikan pakaian ku kering dan tidak banyak yang perlu ku sisipkan kepada adikku untuk di basuh setelah pemergiaan ku tidak lama lagi.
Ohh btw, pemenang American Idol season terkini sudah diketahui. Well, aku bukan salah seorang pengikut setia dan tidak kisah sesiapa pun yg menang kali ni.. so, hopefully para peminat American Idol berpuas hati ya. Ohh ingin ku titipkan ungkapan good luck kepada my housemate in Durham, Kam, for her coming exam. I think ada beberapa paper yg perlu dihadapi kan selepas ini? See you soon my dearest Durham friends!
-Arni HS-
p/s Looking forward for tomorrow's mini gathering @ Pantai Muara
(Lama dah inda main air pantai!! yahooooooo)

2 comments:

  1. peminat american idol sangat berpuas hati! HAHAHAHA.. I even blogged about it! hee..

    and Arniiiiiii... THANK YOU FOR WISHING ME GOOD LUCK! I LOVE YOU!! *HUGS*
    I have one more paper.. and I sure need the luck! hahah.. thanks banget! ;)

    See you quite soonn...
    and InsyaAllah, I pray that you will safely arrive here.. :D

    ReplyDelete
  2. Kam..... !!!!!

    TQ for the comments luv, thanks menjenguk blog ku ani.

    See you VERY sooonnnnnnnnn~ Mwahhsss

    ReplyDelete