Salam,
Dah lama x post entry mengenai hati & perasaan rasanya.. hehe sekali sekala jiwang x salah kan =D.. Dlm post kali ni nak kongsi several mix stories..
# Akhirnya terjawab juga persoalan itu...
Alhamdulillah, akhirnya sesuatu yang ku nantikan terjawab juga. Satu daripadanya hanya beberapa sahabat terdekat serta kedua Ibubapaku yang tahu. Berkat sokongan serta doa Ibubapa, doa sendiri & doa teman-teman sekeliling, aku kini diberikan lagi satu peluang yang amat berharga yang perlu aku gunakan sebaiknya kerna ini mungkin merupakan peluang terakhirku untuk membalas budi Ibubapa dan untuk mencapai impianku itu. Apabila semua sudah selesai nanti, akan ku kongsi juga bersama mereka yang sudah pasti belum mengetahui apa sebenarnya yang sedang berlaku selama ini, InsyaAllah.
Yang kedua pula, aku sudah menerima serta menyerahkan surat melapor diri ke bahagian Jabatan Sekolah-Sekolah baru2 ini dan sekarang aku harus sabar menanti panggilan untuk penempatan ke sekolah yang bakal aku ditempatkan untuk mengajar nanti. Aku amat berharap aku akan kembali ke sekolah dalam masa terdekat ini kerana aku sudah mula merasa rindu untuk menyampaikan ilmu kepada anak bangsa negara ku ini.. (atau adalah sebenarnya aku sudah rindu untuk melontarkan suara merdu ku di dalam bilik darjah? hehe).
# Rindu pada teman2 & sahabat2...
Ya, masa yang berlalu hanya mampu meninggalkan memory2 terindah aku bersama mereka. Cepatnya masa berlalu membuatkan aku rindu kepada masa lalu. Kini teman2 ku ramai yang telah membawa diri mengikut haluan masing2.. Ramai yang sudah mendirikan rumah tangga dan tidak kurang yang sudah "di ikat".. Aku hanya mampu berkongsi berasa gembira buat mereka dan aku doakan agar mereka sentiasa diberkati yang rumahtangga serta hubungan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat. Selain daripada itu, aku juga rindu pada teman2 sepanjang aku berada di negeri orang. Buat teman2 yg sedang bertungkus lumus di dalam pengajian mereka, ku doakan kejayaan kamu semua. I'm looking forward for our reunion.. few years to go or even soon.. =D
Buat teman2 semua, ku tujukan lirik lagu Anuar Zain, Teman Terulung buat kamu.. =)
Bila bertaut senyuman
Mata berlirikan
Memancarkan keluhuran
Cerah kesederhanaan mu
Seindah kejujuran mu
Detik seia sejiwa
Terungkap setia
Tiada upaya sepi
Mata kudup penantianmu
Hadirnya teman sejati
Melangkah kita menjejak mimpi
Bahgia berdiri denganmu di sisi
Harapan kita meniti hari
Sentiasa seiring
c/o
Paling agung teman terulung
Tenunan emas sayap hidupku
Tak ingin ku undur bertamu
Bertahta teguh
Ke akhir waktu
# Kebetulan ataukah Suratan?
Kisah I - A few weeks ago time my family & I were sending off my cuz back to UK, tiba2 je I was surprised dgn bayangan si dia yg telah lama aku x nampak & jumpa.. Sebenarnya masa tu departure hall airport tu bukan main penuh and ramai ngan kaum keluarga para pelajar baru yg gi UK. Tu yg x sangka yg kawan yg di hantar oleh si dia tu betul2 berdepanan ngan tempat kitorang gather sefamily, perfect view gitu.. hehehe. Btw, he is actually a doctor in our local hospital. First time nampak masa aku punya shift jaga my late grandpa. Just a simple guy.. tapi berjaya memaut dan memikat hatiku. Tidak salah menyukai seseorang kan.. Sekadar untuk menyerikan pentas kehidupan ini.. =) Oh now that reminds me of my undergrad years.. stalking cute guys? Bukan cerita baru hehehe.. tapi walaupun sedemikian maseh ada batas2nye kekeke.. Sampai ada kalanya kongsi2 cerita sambil makan2 chips dalam kereta dgn one of our guy colleague.. *Sigh* missing the good old days.. (I mean bukan part stalking tu.. Everything about undergrad life..LOL)
Kisah II - One of the fridays (9/10) last tym aku jemput rakan2 for my mini open house. Prepare msg dah awal2, the night of the day before. So bgn2 pagi terus forward msgs ke phonelist. Tiba2 received reply yg mengatakan kalau for this year 2009, tarikh (hari) tu dah lepas, kena tunggu next yr. Then aku check msg yg aku hantar, komfom aku type 8/10/10.. biar betikk.. 2009 pun x habis lagi XD.. then aku sent la msg lagi, ubah jadi 8/10/09.. then baru realize yg haribulan for that friday was actually 9/10/09. Then aku kena hantar msg lagi buat pembetulan.. Entah apa kena ngan aku hari tu. Mungkin sebab dah lama x aware of dates & day kot. But that's not the main story. Yg pelik tapi benar.. (ni menurut haribulan lam hp).. 8/10/10 tu merupakan hari Jumaat.. so, aku x sure lagi apa yg bakal terjadi on that date but will just wait and see =D
Nukilan Nursyeffarni di bumi Darussalam =)
ASEAN- are we sustainable?
7 years ago
No comments:
Post a Comment