Monday, November 2, 2009

Bicara Dari Hati...

Salam,


Entah mengapa akhir-akhir ini rasanya semakin sukar untuk menyusun ayat2 agar menjadi satu cerita yg menarik di dalam blog ni.. Bila baca blog orang lain semua best je, tetiba baca blog sendiri hmmm =S


Entry kali ni pun dah lebih seminggu mula ditulis tapi baru kali ini ada rasa nak post it up. Apapun, cukup sekadar dpt kongsi apa2 yg terjadi dlm kehidupan titian pelangi ku pun okay je kan.. =) Mix & Match of what happened lately..


# Different stories on the same day..


A week ago (30.10.09) terjadinya 2 kejadian yg berlainan. Ptg tu keluarga kami mengadakan majlis tahlil sempena 100 hari pemergian kedua2 nenekanda belah mak. Semoga roh keduanya sentiasa di bawah lindungaNya & di tempatkan bersama org2 yang beriman, Amin. Di sebelah malamnya pula, keluarga kami telah secara rasminya bertambah bilangan apabila my eldest sis selamat melahirkan seorang puteri. Welcome to the world baby girl yg seberat 2.63kg. Tahniah to big sis & hubby for the birth of their 1st baby. Penantian selama 5 tahun untuk menimang cahayamata akhirnya tercapai juga. Kami panjatkan syukur kehadrat Illahi di atas kurniaanNya.


# Pertolongan ikhlas takut disalah erti..


Sesuatu yang terjadi pada beberapa minggu yg lalu menjadikan aku takut berulang sekali lagi peristiwa pahit yang pernah menimpa diriku beberapa tahun yang lalu. Persahabatan ikhlas yang ku hulur kepada sang sahabat telah di salah guna. Aku dijadikan perantara dia dengan kekasihnya hanya kerana rumahnya berada di dalam lingkungan kampungku. Ku sangka hanya sekali pertolongan itu diperlukan tapi tidak, rupanya aku diheret di dalam satu situasi yg sgt sukar, sampai ke tahap bersubahat. Jgn salah sangka, bukan hal dadah, ini adalah mengenai jalinan percintaan yg terlarang oleh keluarganya dan aku pula dijadikan sebagai medium agar mereka dapat berjumpa sedangkan aku pula dijadikan supir yg mengambil & menghantarnya dari rumah. Namun akhirnya aku nekad untuk memberhentikan semua sketsa itu and sampai satu tahap, I quit helping her. It's not worth it, yg akan dituding dan disalahkan pasti aku akhirnya. Hingga kini aku masih sukar untuk berbaik dgn teman tersebut. Biar dia dengan halnya, aku xkan mengulangi membuat perkara bodoh sebegitu lagi! Aku masih ingat bagaimana aku berasa sgt bersalah (walaupun pada hakikatnya it's not entirely my fault) dan berkongsi cerita ini dengan linangan airmata kepada teman2 rapatku. It hurts to be used as such! Untuk membantu sekali mungkin ya, tapi untuk kali seterusnya aku akan berfikir berulang-ulang dan membuat keputusan yg terbaik bagiku.


# One of my waitings finally come to an end..


..Or should I say a new beginning? Alhamdulillah pada 3 November 09 aku dipanggil untuk menghadiri taklimat penerimaan surat tawaran daripada Jabatan sekolah-sekolah kementerian pendidikan. Syukur ke hadratNya jua, akhirnya impian ku untuk kembali menjadi pendidik, berkhidmat dan berbakti di sekolah demi kebaikan bangsa & negara tercapai jua. Kini aku bersyukur kerana tidak perlu menyusahkan ibubapa & tidak perlu dependent kepada mereka 100% lagi. Tiba pula masa utuk aku berbakti dan membalas budi & jasa baik mereka berdua, insyaAllah. Secara official, aku merupakan guru di salah sebuah sekolah rendah di Brunei Darussalam bermula 4 November 09. Aku di posting to my former skul in Kg Ayer and what else could I ask for? I am happy to be back to a familiar surrounding & people :))))


# Wahai my boxes yg dishipping, di manakah dikau berada?

Hmmm boxes aku yg dihantar untuk dishipping 20 August lepas x sampai2 lagi. I am quite worried. Macam2 dlm box tu ku perlukan untuk menyelesaikan beberapa perkara yang perlu ku submit next year. Ya ALLAH, moga2 kotak2 ku akan sampai soon. Mungkin pihak shipping sengaja mahu mengumpul kotak2 pelajar lain jua kot agar dalam sama2 diorang hantar dalam satu kapal. Mudah kerja diorang tapi x mudah la aku nak menyelesaikan keje aku secepatnya =(( Kena doa, doa setiap masa & ketika dan banyak bersabar =)))

Okaylah kot maybe next tym lagi kongsi ceta coz my December xde cuti, aku akan kesekolah untuk bekerja dan dah ada aktiviti that I will be involved in.. (which i am looking forward sebab diorang Zeah & Nurul will be involved as well, yipeee).. Till next time..

No comments:

Post a Comment