Tuesday, September 1, 2009

Mission Accomplished =)

Salam,

Alhamdulillah, the main reason for coming/flying back to Brunei earlier than expected adalah untuk menghadirkan diri di majlis makan-makan bersempena bertahlil memperingati 40 hari pemergian arwah nenek Hjh Buntar @ Taibah binti Haji Aman who left us on the 22 of July 2009 (Al-Fatihah) tercapai juga.

Pertama kali menjejakkan kaki semula di rumah sebelah (rumah my Aunty), tempat tinggal Allahyarham nini laki & Allahyarhamah nini bini, perasaan sayu sememangnya sangat2 terasa. Lebih2 lagi melihat ruang bilik mereka yang kini kosong & sepi. Hampir berderai airmataku di saat itu namun berjaya ku tahan serta ku tabahkan hati kecilku dikala itu.

Pemergian keduanya dalam masa yang tidak berjauhan one after the other membuka mata hati ku & betul2 menginsafkan sanubari. Ianya semakin mengingatkan aku kepada kenyataan bahawa setiap manusia di muka bumi ini akan kembali kepadaNya juga. Hanya waktu, saat dan ketikanya yang belum diketahui.

Marilah sama2 kita lebih mendekatkan diri kepadaNya, lebih2 lagi di bulan yang sungguh mulia & penuh keberkatan: bulan Ramadhan ini. Semoga kita semua sentiasa ingat bahawa "daripadaNya kita datang (diciptakan), kepadaNya juga kita akan kembali".

Salam Ramadhan dari bumi Darussalam,
Yang ikhlas tapi jauh,
Arni HS in Brunei

2 comments: