Monday, September 21, 2009

Selamat Tinggal..

Salam,


Setelah lebih seminggu umat Islam di seluruh dunia meraikan kemenangan berpuasa di bulan Ramadhan, iaitu kehadiran bulan Syawal barulah aku ada masa untuk meng-edit this particular post. Hari ini (1st October 2009) baru lah aku ada masa untuk mempublishnya..

Nukilan Nursyeff@rni pada malam Raya 2009...

Terasa bagai baru semalam Ramadhan tiba tapi kini pada hakikatnya, 20 September 2009 merupakan tarikh umat Islam di negara Brunei untuk mengatakan selamat tinggal Ramadhan, jika umur masih panjang, akan ada lagi Ramadhan di tahun hadapan, insyaAllah.


Lambat sehari daripada umat Islam di Mekah, UK, Malaysia & beberapa tempat yang lain, Brunei akan menyambut 1 Syawal pada 21 September 2009. Tahun ini merupakan tahun aku kembali menyambut Syawal di bumi kelahiranku setelah berada & menyambut Syawal 2007 & 2008 d bumi UK. Sepatutnya tahun ini adalah raya yang dinanti-nantikan namun pada hakikatnya, raya tahun ini tidak akan pernah sama seperti tahun-tahun sebelum 2007...


Pemergian Nenek Lelaki & Nenek Perempuan ku sebelah mak pada bulan Jun & July 2009 berselangkan 41 hari from one another merupakan punca perbezaan raya tahun ini. Jika sebelum ini raya pertama selepas saja makan2 sekampung di Surau, kami akan menziarahi kubur Allahyarham our late uncle (my mom's only brother) tapi kali ini kami akan pergi menziarahi kubur kedua-dua nenekanda serta kaum keluarga yang terlebih dahulu kembali kepadaNya. Ya ALLAH, aku harap KAU tabahkanlah hatiku besok agar aku tidak akan menitiskan airmata ketika berada di tanah perkuburan serta apabila mengunjungi rumah my aunt (the house where they use to lived).

... Ayat-ayat yang ingin ku nukilkan seolah-olah terhenti dan kamar tidurku menjadi saksi kepada betapa rapuhnya hati wanitaku... seperti bait-bait salah satu lagu hari raya... ~Tanpa disedari... Airmataku mengalir...~

To be continued...

No comments:

Post a Comment