Wednesday, August 5, 2009

Tentang Nisfu Syaaban..

Assalamualaikum,

Dalam kesempatan ni saya nak share some info mengenai Nisfu Syaaban in my blog, untuk ingatan bersama. Got this info daripada this website.

I'll just quote it here so that it's easier for my own reference =)

Nisfu dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah daripada bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima belas Syaaban iaitu siangnya empat belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam LailatulQadar. Saiyidatina Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah s.a.w telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari Baginda dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda s.a.w berkata dalam sujudnya, "Ya ALLAH, aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti Kamu memuji diriMu sendiri".

Setelah Baginda s.a.w selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a, "Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya ALLAH Azzawajal telah datang kepada hambaNya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki".

Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 Syaaban sebaik sahaja masuk Maghrib).

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Syaaban:

1) Solat sunat Nisfu Syaaban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini.

i. Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah Al-Fatihah.

ii. Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salam selepas 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah Al-Fatihah.

2) Membaca Surah Yasin 3 kali selepas solat Maghribnya.

i. Yasin pertama: mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada ALLAH s.w.t.

ii. Yasin kedua: mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada ALLAH s.w.t.

iii. Yasin ketiga: mohon ditetapkan Iman & Islam dan mati di dalam Iman.

3) Berpuasa pada siangnya ( mulai pagi esoknya - 15 Syaaban)

Disusun dengan bantuan Ustaz Abdul Kareem As-Saquofi
Arkib dari Risalah Surau Malabar Hidayatul Islam.

Oleh yang sedemikian, sama2lah kita memperbanyakkan ibadat dan beriman Kepada ALLAH s.w.t di setiap hembusan nafas kita, di setiap saat denyutan jantung kita, di setiap aliran darah ke seluruh badan kita dan marilah kita meningkatkan lagi amalan itu pada malam - malam terpilih seperti Nisfu Syaaban dan Malam LailatulQadar di bulan Ramadhan. Semoga kita semua di berkati dan dilindungi ALLAH s.w.t jua, AMIN.

6 comments:

  1. Salam Arni...

    Terima kasih diatas perkongsian ilmu ini...semoga kita semua mendapat REDHA Allah SWT....Ameen

    ReplyDelete
  2. satu peringatan yg baik.... selamat beribadah

    ReplyDelete
  3. Amalina, ya insyaALLAH sudah tentu nk posa besok =)

    Faiza, Salam kembali.. Sama2. Terima kasih juga ilmu yg dikongsi di blog Faiza.. Marilah sama2 memohon keredhaanNya =)

    Semin, TQ, jadi besok hanya boleh minum2 selepas Maghrib ya =)

    Kepada semua, terdapat berbagai-bagai cara untuk beribadat pada hari Nisfu Syaaban dan yang paling penting adalah keikhlasan masing2 di dalam menunaikannya demi menjadi hambaNya yang lebih bertaqwa & beriman, insyaALLAH.

    ReplyDelete
  4. Berpuasalah kita beramai2.....

    ReplyDelete
  5. Jom buka puasa sama~trm ksih ko n dij ada 'offer' semalam tp sorry sesgt aku penaatt..hr ni masih ada;p

    Zeah I miss u!

    ReplyDelete