Friday, July 24, 2009

Match Made for Heaven.. True Love & Soulmate does exist =)

Assalamualaikum..

#Akan ku coba untuk lebih redha..

Alhamdulillah, walaupun dilanda duka, hidup sehari-hari masih mampu ku jalani dengan penuh redha dengan apa yang telah dijanjikanNya buatku. Kini aku mulakan lambaran yang baru untuk kehidupan yang perlu diteruskan. Selagi darah masih mengalir, selagi jantung masih berdegup, selagi otak masih mampu berfikir, selagi itu aku perlu menggunakan segala pemberianNya dengan sebaik mungkin.

#Kehilangan mereka maseh terasa bagaikan baru semalam...

Masih begitu sukar untuk ku terima,seolah-olah bagai berada di alam mimpi. Rasanya baru semalam aku tatap wajah mereka, aku cium tangan mereka, aku cium pipi beliau. Entah mengapa setiap kali walau sekelumit ingatan tentang mereka, begitu mudah untuk airmata ini mula bertakung dan perlahan-lahan tumpah juga.. Aku tahu tidak baik untuk menangisi orang yang sudah tiada tapi, sekuat mana aku memaksa diri untuk tidak menangis, semudah itu pula airmata mengalir dengan sendirinya. Ini aku rasa bererti aku masih tidak dapat menerima hakikat bahawa bila aku pulang nanti, tidak akan ada mereka lagi untuk ditatap, dilawat, disalami. Berilah aku masa.. lagipun rumah arwah was just next door from ours. Aku tahu semua ini tidak akan mudah.. It's not going to be the same anymore..

#Maafkan aku duhai sahabat..

Dalam kesempatan ini aku ingin memohon kemaafan kepada sahabat-sahabat yang mungkin terasa hati dengan tindakan yang telah ku ambil dan bakal ku lakukan. Aku tahu bukan mudah untuk kamu mengerti perasaan setiap diri sahabat dan begitu juga dengan aku. Kadangkala oleh kerana terlalu taksub memikirkan masalah yang melanda diri sendiri, minda seolah-olah beku untuk memikirkan tentang orang lain, tentang perasaan orang lain, terutama sekali memikirkan tentang para sahabat. I'm so sorry, I might not be a good friend, I'm still trying to be a better friend and I can't promise that I'll be the greatest friend. Tapi percayalah, setiap tindakan yang ku ambil, segala kelakuan yang ku buat ada sebab-sebab tersendiri. Sebab-sebab yang aku tidak harap sahabat-sahabat ku untuk memahami tapi cukup sekadar memberi sokongan.

# I might be gone earlier than expected

Yup, I've made up my mind. Things are getting complicated. News are travelling fast enough for the truth to be revealed and I think before bad turns to worst, I better go far, far away to the land where I belong. I already knew what I should do once I get back. One of it for sure is to visit and bacakan Yassin & Tahlil for late grandpa & grandma di tanah perkuburan orang-orang Islam Kg Mata-Mata Gadong. A place where one day I myself akan disemadikan, insyaALLAH. I wanna be home just on time for my late grandma's makan2 tahlil 40 days. So countdown begins and one day I'm still here in Durham, the next day I'll be back at my room. Dear home sweet home, I'm coming back soon. I miss Ma, Pa, Jana, everyone back home.. I'm sorry for everything. So sorry..

# Not an ordinary love..

Honestly, this paragraph is still unsure for whom it goes to but once I found "YOU" then I hope you and i will be forever, life and death. Yup, aku benar2 memohon bahawa aku akan sehidup dan semati dengan dia, insan yang bakal menjadi my other half, yang akan melindungi aku sepanjang hidupnya berlandaskan Islam. Amin..amin.. Aku ingin mengikut jejak allahyarham nenekanda ku yang akhirnya ditemukan di alam yang lebih hakiki dalam masa yang sangat singkat. ALLAH s.w.t mengambil nyawa mereka dengan beza lebih kurang 4o hari from each other bersebab, salah satunya kerana semua itu sudah tertulis, kedua kerana Tuhan tidak ingin melihat mereka dipisahkan daripada one another terlalu lama. Spirit of the true love, akhirnya dipertemukan di alam yang lebih kekal. Semoga roh mereka berdua dicucuri rahmat ALLAH s.w.t dan sentiasa di bawah perlindungNya dan di tempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin..

Just wanna share something related to the previous paragraph. I fell in love with this song after watching Afghan Syahreza performed it at APM 2009 in Indonesia. I fell in love with the talented young man himself *blush*.. (Apakan....). Here you go, just try to understand bait2 lirik lagu ini..

Lagu: Bukan Cinta Biasa
Penyanyi: Afghan

(Picture taken from one of afghan's facebook)
Kali ini ku sadari
Aku telah jatuh cinta
Dari hatiku terdalam
Sungguh aku cinta padamu

Cintaku bukanlah cinta biasa
Jika kamu yang memiliki
Dan kamu yang temaniku seumur hidupku

Trimalah pengakuanku
Percayalah kepadaku
Semua ini kulakukan
karena kamu memang untukku

Cintaku bukanlah cinta biasa
Jika kamu yang memiliki
Dan kamu yang temaniku seumur hidupku
Seumur hidupku

Cintaku bukannya cinta biasa
Jika kamu yang memiliki
Dan kamu yang temaniku seumur hidupku

Cintaku bukan cinta biasa
Jika kamu yang mempunyai
Dan kamu yang temaniku seumur hidupku

Trimalah pengakuanku

Do click this link below for the official OST video clip from youtube:

- Sehingga hari itu tiba, aku akan setia menunggu -

No comments:

Post a Comment