Friday, June 26, 2009

Butuh Kekuatan Untuk Meneruskan Hidup ~


Assalamualaikum,

Pernahkah kamu terfikir andai hidup kamu umpama lalang yg bisa tumbuh di merata tempat dan bebas menari-nari mengikut arah tuju angin yg meniupmu?


Atau adakah kehidupan umpama sekuntum bunga ros yg tumbuh cantik namun agak terhad pergerakkannya dikelilingi dedaun hijau dan sentiasa terpelihara oleh duri yg tumbuh di dahanmu yg engkau inginkan?

Itu semua terpulang kepadamu duhai teman2 sekalian. Secara jujur, aku sendiri tidak pasti kehidupan bagaimana yang aku inginkan: seperti lalang ataupun seperti bunga ros. Namun yg aku tahu bahawa dalam hidup ini kita hanya mampu merancang, namun yg mana mengetahui atas apa yg akan terjadi di hari seterusnya dan menentukan segalanya hanyalah ALLAH s.w.t jua.

Aku tidak nafikan aku pernah merasa ingin berputus asa sahaja. Lupakan segala impian ku ini dan mulakan kehidupan yang baru. Tapi adakah itu sebenarnya yang aku inginkan ataupun hanya kata hati yg berbicara walaupun pada hakikatnya di dasar hati, itu adalah merupakan jalan yg terakhir yg akan aku pilih. Sudah berkali-kali aku Redha dan seringkali mengingatkan diri ini bahawa aku sangat lemah.. seorang insan yang lemah, yg belum cukup keimanan di dada dan sudah tentu aku amat takut sekiranya nyawa ini di ambil di ketika iman ini belum mencukupi. Ya ALLAH, aku amat takut menemuiMu dalam keadaan yang belum bersedia. Aku amat takut kepada Neraka JahanamMu dan aku amat dambakan SyurgaMu Ya ALLAH.

Bukan sekali tapi sudah semakin kerap ku terfikir akan kehidupan selepas mati. Kehidupan di dalam alam kubur dan kehidupan hakiki di akhirat kelak. Adakah aku bersedia? Jawapanku sejujurnya, aku belum bersedia. Oleh itu wahai teman-temanku marilah kita sama2 untuk memperbaiki diri dan meningkatkan iman di dada untuk bekal di akhirat kelak dan aku harap kita sama2 tidak alpa dengan kehidupan dunia yg hanya sementara ini.

Akan tetapi, ini tidak bermakna kita hanya perlu memikirkan salah satu: antara dunia & akhirat sahaja. Aku rasa kita perlu pandai seimbangkan kedua-duanya. ALLAH s.w.t lahirkan kita di bumi ini bersebab dan semuanya tertakluk kepada cara setiap individu menjalani dan mengharungi kehidupan masing2 sehingga bila sampai waktunya untuk kita dipanggil menghadap Illahi suatu hari kelak. Dan aku harap bila waktu aku sampai nanti, aku telahpun bersedia untuk menghadapi kehidupan yang lebih sempurna di alam yang berbeza & sudah pasti alam yang kekal selamanya di bawah lindungan ALLAH s.w.t, insyaALLAH.

Dan untuk mengakhiri post entry ku kali ini, aku kongsikan dan untuk renungan kita bersama:

KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM

* Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak ALLAH s.w.t.

* Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan ALLAH s.w.t.

* Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali ALLAH s.w.t.

* Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.

* Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya.

* Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

* Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya....... Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu.

"Semoga kita semua sentiasa dilindungi dan sentiasa dalam keredhaanNya jua"

-AMIN -

3 comments:

  1. salam dari penuntut di bumi Dublin, Eire.. lompat dari blog ke blog.. :)

    ReplyDelete
  2. Salam kembali Jhaz. Terima kaseh kerana singgah d blog saya =)

    ReplyDelete
  3. sy pun suka menyinggah di blog arni:) hhehehe

    ReplyDelete