Saturday, August 29, 2009
Sunburn in London
Alhamdulillah, aku kini telah selamat kembali ke pangkuan keluarga tersayang. Arrived in Brunei International Airport on Friday 28th around 9.35am. Seperti yang dirancang, I've asked my little sis to fetch me up that day. Mom & Dad kebetulan busy hari tu, ada rancangan lain - telah awal plan ngan immediate families untuk memasang batu nisan kat kubur my late grandparents (How I wish I could join them..). Surprised (yet expected) dengan kehadiran Zeah yang duduk menunggu di Arrival Hall dengan my lil sis.. ahhh no wonder everyday since my stay in London, my uk handphone would received several unknown misscalls. I suspected that it would be from her (Zeah).. wahh pasang strategy nampak.. hehe. Thank you so much, also to Nurul (yg actually dalam perjalanan to the airport juga but I arrived early and went home before she arrived). Sebenarnya aku taknak menyusahkan korang. Dahlah parking keta kena bayaran.. Sooner or later insyaALLAH akan ada pertemuan antara kita juga kan ;o)
Syukur kepadaNya, yesterday (Friday 28th), semua ahli keluarga - eldest sis n bro-in-law & bro n family (including nephew) ada bersama untuk berbuka puasa beramai-ramai. It's been quite sometime.. lama x merasa perasaan segembira itu. Aku pun tersemangat masak Mee Bandung Muar (import daripada Dij from Malaysia itu hari). And the best thing ever - Bersahur kat rumah sendiri.. memang bersemangat aku makan sahur (sejak bila? Bukan aku paling malas & susah nak bangun ke?).. sebab ada sayur kampung favourite aku.. =) Ini tidak boleh jadi ni, control2.. nanti inda muat baju raya =P.. So happy2 to be in a familiar place with all those whom I miss so much.. (I also miss those in Durham as well at the same time.. =(..)
Btw, I tried to blog earlier last night but dek kerana internet connection yg sungguh lagging, terus hilang mood.. Back to what happened on the day I depart from London.. Didn't have that much sleep. Nervous sangat2 coz brg2 belum di final pack, kilo beg belum di sukat (takut sgt2 excess) dan juga memikirkan strategy for handcarry yg rasanya sangat2 excess 7kg.. So siap2 packing semua, around 1++am baru la melelapkan mata & pasang alarm nak bangun 3.45am, kira sempat2 untuk bersahur & sembahyang subuh sebelum siap2 pakai baju untuk ke heathrow.
Well, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. My train bergerak jam 4.42 and siap2 semua, final check bilik, am 4.15am baru bergerak keluar Brunei Hall.. Nak tercabut tulang temulang & muscle2 tangan rasanya mengheret beg 35kg one hand & 10kg on the other + Beg laptop kat bahu. A few times kena berhenti, tarik nafas, tukar tangan dan teruskan perjalanan ke Paddington station. Rasa nak pengsan tapi I will never give up.. Sampai2 di train station, kena berjalan a few meters ke depan untuk menuju ke platform & gerabak kereta api yang on service. Hampir2 berputus asa (dan sempat merungut tapi tetap memohon untuk dikuatkan semangat kepadaNya). Alhamdulillah akhirnya sampai juga and on time di gerabak kereta api. Semua beban berakhir apabila train sampai di station Hethrow central for terminal 123. Keluar2 kereta api dah jumpa trolley.. Syukur ke hadratMu Ya ALLAH.. Sangat2 happy.. =)
Sampai2 kat counter check in, counter belum buka lagi, ye lah, baru pukul 5 lebih, counter bukak 6.30am. I was the first to arrived sebenarnya tapi ada la family mat salleh tu dengan selamba je potong queue (sebab rail pembahagi jalan x dipasang lagi..) and became the 2nd dalam queue. Nasib menyebelahi lagi (I think semua ini adalah bantuan & berkat doa mak.. I told her aku menghadapi macam2 dugaan sepanjang kat London & asked her untuk doakan semuanya berjalan lancar).. and I got the immigration person (a man) yg sangat2 baik. Beg luggage betul2 35 kilo on the dot and he advised me untuk mengurangkan quantity hand carry and I told him that I will try to make them as one (sebenarnya memang dah stategy dah.. dah sedia satu beg besar for hand carry. Kat departure hall sebelum masuk passport control, combined all the hand carry begs jadi satu and it all went well (walaupun agak lambat kat scanning area yg aku pilih), kena keluar laptop segala.. tapi lepas je security post aku terus blah ke dalam sebab xde org tahan pun haha.. yeayy finally free inside, sempat tgk kedai2 kat dalam termasuk Harrods and sabar menunggu gate kat dalam bukak untuk check in ke dalam kapal. By 9.00am dah selamat berada di dalam perut kapal terbang. Brunei here I come...
Stewardess hari tu memang helpful.. alhamdulillah dapat la posa penuh, both days aku posa (x pyh la nak qadha banyak2 nanti.. =D Selamat sampai kat rumah, segala mala muscles memang terasa overused, selepas solat zuhur, TERtido sebab kepenatan dan bangun2, solat Asar & terus bersedia untuk menyediakan menu berbuka.. Home sweet home.. Malam tu aku ada sesi mother-daughter talk , catching up with some stories (yang penuh surprise & sungguh mengharukan at times.. =(.. biarlah hanya Tuhan yang tahu segalanya) and tido agak awal juga, around 11.45pm dan bangun sahur dalam jam 4.15am and lepas Subuh berkemas barang2 yg bersepah di dalam bilik dan kerana letih tido lagi..
Sedar2 dah nak pukul 1pm hari ni baru terjaga.. sepatutnya aku bantu my dad babysit my nephew tapi dah tido sepanjang pagi nak buat apa? haha.. Then semalam msg zeah kalau2 dia nak dtg amek brg yg dia kirim lepas balik sekolah & tau2 dia dah msg awal tapi aku x dgr pun, siap2 mandi dia sampai dah (ngan Nurul sekali). Sorry girls hehe.. So, siap2 semua baru aku turun bawah and I feel so happy to see them both again.. Sesi bercerita di mulakan dan berlanjutan ke sesi UNO (dah x ingat berapa round dah.. hehe) Tapikan.. Zeah will still be zeah.. kelakar tgk her reactions (both menang and kalah.. ye, dia ada pernah kalah jugak =P) hehe.. Nurul ngan aku neutral je.. menang, kalah tersenyum ayu je hahhahaha XD.. pastu Nurul siap terkenang Lutfi yg label dia "Cards Collector".. macam mentera ja kata2 di lutfi tu.. hehe..
Yeayy insyaALLAH akan ada gathering berbuka puasa sama2 soon.. Ohh Kam, sorry didn't inform you that I'm already back .. ;o).. Posa2 ani inda kuasa surprise2 hehehe =P We will meet up soon yeah.. and I brought ur sis's graduation CD with me. Inda mampu bawa the graduation pictures.. my begs over acting. Will bring it with me kalau ada gathering (hopefully soon.. =))..
Ohh back to the story of my post title.. tak realize mula2 tapi dah sampai rumah baru sedar rupanya terkena sunburn masa kat London.. 2 hari berjalan meronda2 London.. terbakar kulit muka aku hehe.. kena putihkan semula nih before raya.. (kena jadi puteri lilin pas ni ke? ahaks). Okay then, to all my friends in Durham & Malaysia - I survived the hard times being alone and I pray that if ever you are in the same situation, you'll survive it as well.. Believe in your strengths & let the cares of all the people around you inspired you to go on with life, no matter how hard it could get. Every memories with all of you will always be cherished.. =) Take care now..
Selamat Berpuasa yang keseminggu..
Luv,
Arni in Brunei
Thursday, August 27, 2009
Aku Harap Kau Mengerti... Aku Bukan Dirimu...
Dah lama nak kongsi lagu ni sebenarnya kat dalam blog tapi belum berkesempatan. So, I guess sekarang ni mungkin masanya lebih tepat sebab makna lagu ni sangat mendalam jika betul2 ni hayati.. Therefore, enjoy.. Ni saya simpan 2 versi - English & Melayu. I like both =D
# VERSI INGGERIS
Song Title - Leave out all the rest
Singer - Lin Kin Park
For video - click http://www.youtube.com/watch?v=pXu0LuS-V18
I dreamed I was missing, you were so scared
But no one would listen, 'caused no one else cared
After my dreaming, I woke with this fear
What am I leaving when I am done here?
So if you're asking me, I want you to know
When my time comes, forget the wrong that I've done
Help me leave behind some reasons to be missed
Don't resent me, and when you're feeling empty
Keep me in your memory, leave out all the rest
Leave out all the rest, don't be afraid
I've taken my beating, I've shared what I made
I'm strong on this surface, not all the way through
I've never been perfect, but neither have you
So if you're asking me, I want you to know
When my time comes, forget the wrong that I've done
Help me leave behind some reasons to be missed
Don't resent me, and when you're feeling empty
Keep me in your memory, leave out all the rest
Leave out all the rest
Forgetting all the hurt inside you've learned to hide so well
Pretending someone else can come and save me from myself
I can't be who you are
When my time comes, forget the wrong that I've done
Help me leave behind some reasons to be missed
Don't resent me, and when you're feeling empty
Keep me in your memory, leave out all the rest
Leave out all the rest
Forgetting all the hurt inside you've learned to hide so well
Pretending someone else can come and save me from myself
I can't be who you are
I can't be who you are
# VERSI MELAYU
Tajuk Lagu - Biarkan Pergi
Penyanyi - Amri
Untuk video (recommended view) - klik http://www.youtube.com/watch?v=WvQS8yjELFk&feature=related
Lena ku bermimpi, ku menghilang
Kau ketakutan, tiada peduli
Terjaga tidurku, ku tertanya
Apa ditinggalkan bila ku tiada
Dan hari ini ku mahu kau tahu
Saat itu, maafkanlah salahku
Ingatilah daku dalam doamu
Tika luka juga terasa sunyi
Segalanya di hati biarkan pergi, biarkan pergi
Usah kau gusar
Ku mengaku salah, mengaku kalah
Luarku perkasa, dalam biasa
Tak pernah sempurna, kita manusia
Dan hari ini ku mahu kau tahu
Saat itu, maafkanlah salahku
Ingatilah daku dalam doamu
Tika luka juga terasa sunyi
Segalanya di hati biarkan pergi, biarkan pergi
Lupakan semua keperihan yang kau sembunyi
Percaya adanya wira kan hadir di sisi
Ku bukan dirimu
Saat itu, maafkanlah salahku
Ingatilah daku dalam doamu
Tika luka juga terasa sunyi
Segalanya di hati biarkan pergi, biarkan pergi
Lupakan semua keperihan yang kau sembunyi
Percaya adanya wira kan hadir di sisi
Ku bukan dirimu
Aku bukan dirimu
Saja je nak kongsi perasaan yang agak haru & sayu buat masa ni.. :o]
Drama Perantau in London Episod 2 =D
I am back, menjadi penumpang setia wireless connection xtau empunya badan.. hehe..
2nd day in London takde lah sepenat semalam. Bangun agak lewat, budget2 terus jumpa officer in charge of my clearence sebab ada lagi yang belum habis cleared. Selepas selesai je urusan, terus berjalan dengan hati yang senang menuju ke Paddington station yg hanya beberapa meters away daripada Brunei Hall. Hari ni save energy sikit (lah konon..) so aku amek underground tube ke Sheperd's bush. Memang dah budget untuk beli slipper Jaguar for my mum. Kebetulan ada design baru dan budget serta space dalam luggage kurang memuaskan so, hanya sepasang je yang mampu dibeli. Harga pun rasanya dh naik (mungkin sebab design baru kot?). Tapi takpe lah.. demi bonda tersayang yang telah banyak berkorban untuk aku.. =)
Daripada sheperd's bush singgah gi Westfield shopping mall.. takde la shopping apa pun. Saja je round2 window shopping and lepak2 dekat kerusi yang comfortable yang berbagai size & design tu.. Oh kalau naik tube nak gi sana, turun je kat Wood Lane station.. =D From there balik Brunei Hall lepas singgah jap kat Sainsbury beli air kosong untuk kegunaan berbuka posa nanti. Selepas solat zuhur TERpengsan sekejap and bangun2 je terus solat Asar dan terus je jalan2 area dekat2 ni eyeing on menu untuk berbuka posa.. Bukannya Brunei Hall x sediakan buffet bersungkai yg agak murah tapi aku x boleh la nak duduk sorang2 pastu kena jeling2 dan lirik2 macam aku ni alien jer.. so, survey2.. rupanya dah ada subway halal kat area paddington ni.. bestnyee (ala.. dah nak balik pon kan =P..) So, belilah satu untuk sahur ke apa.. then pilih punya pilih, finally decided untuk berbuka dengan grilled chicken daripada chicken cottage. Alhamdulillah berbuka puasa hari ni lebih baik daripda semalam. Semalam rasanya berbuka more to junk foods yang dibekal daripada Durham tempoh hari.
Ohh last night sempat la bersahur..sebenarnya xnak sahur tapi mata terbukak dengan sendiri. So sempatlah mengunyah oren (yg agak masam), sepotong kek, choco dip (petua c lutfi.. haha jangan marah~) dan air kosong.. combination yg sangat2 salah.. pagi2 perut dah meragam.. hmmpphh.. tapi sapalah yg suruh kan XD
Btw, aku dah mula semakin merindui mereka2 yang berada di Durham sekarang ni. Semalam sempat la chat ngan diorang.. sampai TERsedih aku seketika sebab x dapat share gelak tawa ngan diorang macam selalu =(.. tapi xpe, bak kata seorang teman tu kan.. lepas balik Brunei ni boleh bedal gelak ngan zeah puas2.. ye la tu cerita dah apabila sampai balik Brunei, Ni cerita pasal semasa kat London ni, xde org yg nak kongsi ketawa sakan.. sabar je lahh..
Okaylah.. tadi petang connection xleh masuk sebenarnya, lepas berbuka cuba2 nasib alhamdulillah dapat dah.. bestnyee.. besar pahala org empunya conncetion ni.. Ok, till then.. Salam..
Wednesday, August 26, 2009
Internet Connection Pinjam..
Hari ni, saja je mengada on computer and try kot2 ada wireless connection yg tersesat berdekatan ni dan nyata nasib menyebelahi.. ada 2 3 pilihan gitu hehehe.. so, dapatlah layan internet kat sini lagipun bosan sungguh duduk sorang2 TAPI mungkin bosan lagi duduk dengan orang yg kita yg tak kenal.. Just some updates on what happened yesterday =)
The whole journey towards London: exhausting & annoyed.. duduk satu gerabak dengan tangisan budak sepanjang perjalanan okeh.. aku ni xde la tak suka budak2 tapi kalau dah continuosly menangis dan merengek tu, boleh la naik hangin rasanya tapi berkat bulan posa ni, bersabar je la.. sumbat telinga ngan earphone dengar lagu kuat2.. Kalau satu budak je buat hal okay lagi kot ni ada seorang budak lagi yg takleh duduk senang, ada2 je benda yg dia nak buat dan suka membebel yg entah apa2... Ya ALLAH dugaanMu ku terima namun aku hanya hambaMu yang kerdil & serba kekurangan. So, itu yg sebenarnya menambahkan sakit kepala merebak ke hati pulak astagafirullah..
Yang bestnya.. budak yg asyik menangis & menrengek tu kan.. a few minutes nak sampai London baru senyap & tetido.. hmmm.. =S... Sesampainya aku di London Kings Cross.. aku adalah penumpang kedua terakhir keluar gerabak ngan beg2 aku.. Sampai jatuh berdentum luggage besar aku coz tak menang tangan tapi kuatkan hati and berjalan a few meters ke depan untuk ke tempat trolley.. Nikmatnya pas dapat trolley.. but then dapat lagi dugaan lain.. Sampai2 ke taxi, driver taxi hampehh x teman pun aku angkat beg masuk dalam taxi tu.. dahla taxi belakang dah mula honk.. pastu kena balikkan trolley lagi (trolley yg kena masuk duit ok, kalau x pakai duit tinggal je kat situ pun x kisah =P).. Then dapat la rilek jap dalam taxi walaupun sebenarnya hati meruap-ruap panas tapi masih mampu bersabar. Sesampainya kat Brunei Hall (driver tu nak turunkan kat tepi.. wehhh dahla tak tolong ngan beg, kena bejalan 2 3 meters ke dpn tu susah la.. aku nak depan pintu jugak.. nasib dia ok je). So, aku juga yg turunkan semua beg sendiri #$%^&*(^&*^&* nyaaa... tension!! Dah kat Brunei Hall kena pulak cari bilik kosong sendiri (sebab x sure which room available).. turun naik lift.. angkat beg2 lagi.. sedihhnyaaa anak mak ni hidup sorang kat London =(
Alhamdulillah dlm pukul 10pm barulah settle semua, dapat bilik yg takde org lain, bilik yg mula2 ada 2 org dah.. malas la aku.. brg dah la byk, aku nak menyemakkan lagi ngan brg aku? x sanggup aku.. So, sekarang ni tengah type blog kat bilik 206.. semalam lepas je makan berbuka dan solat maghrib & Isyak terus pengsan.. tak sahur pun.. tau2 dah pagi.. It was an exhausting journey.. aku tak pernah rasa terseksa macam tu selama ni.. Tapi semua ni dugaan sebenarnya.. aku ni kurang sabar agaknya..
So, pagi tadi bangun2, terus je repack semula barang2 dalam beg.. alhamdulillah it looks better than yesterday.. and besok, besok pula kena final pack.. Dalam pukul 11 lebih plan nak gi buat clearence tapi officer tu takde so gi paddington station jap survey2 brg and then gi Tesco express beli air mineral yg situated dekat2 tu jugak. Balik bru hall barulah gi buat clearance ngan brunei student unit then after that pegi jalan2 ke oxford street & bayswater.. berjalan okeh.. (nak jugak exercise).. tapi hampir2 tersesat masa cari jalan singkat balik bru hall tapi alhamdulillah dapat juga figure out the way (rasanya kalau amazing race dah bazir masa ni tersesat macam tu..haha). Masa gi area bayswater tu terkenang pulak day-trip tempoh hari.. hmmm sedihnyee..
Ohh satu lagi ceta, aku dapat bilik yg pintu dia ni bunyi kuat kalau bukak tutup and kena kuat2 kalau nak tutup rapi..pastu tadi lepas settle clearence, aku keluar pintu adalah seorang student yg duduk a few doors away keluar bilik dengan muka benci & menjeling dan nampak aku je terus tutup pintu sekuat-kuatnya berdentum bunyi.. saja le tu nak membalas.. MENGADA sungguh.. Wahai mereka2 yg tak sedar diri.. itu salah pintu, bukan salah aku.. lagipun aku ada banyak benda nak settle mestila kena kuar masuk, takkan aku nk duduk bilik 24/7 semata-mata nak menjaga hati mereka ni.. Rasanya diorang ni SEMUA junior lagi.. mengada amat2.. Semalam receptionist kasi aku tinggal sebilik ngan that person la.. memang ada extra mattress (yg dh di isi ngan barang diorang) yg kat lantai pun tapi dah depa kata suruh cari bilik lain kalau takde ok je duduk ngan diorang (aku je yg mengada taknak sebenarnya..aku punya hal la, aku bayar apa..?) Lagipun hari dah siang la makcik.. dah nak petang pun.. Pegi la keluar kalau taknak dgr bunyi pintu aku! Nak mengingatkan je kita ni sama2 duduk di negara orang, give and take la.. kena la byk bersabar ngan kerenah org lain.. Alaaa kalau nak kira dalam brunei hall ni semua junior2 aku.. mengada je lebih.. Semua pun penuntut rasanya. Sabar Arni.. just a few more days =D
Harap2 hari besok akan lebih baik.. Besok plan bangun lambat.. nak keluar daripada pintu aku yg bising ni petang sikit supaya takde yg nak menggedik macam tadi.. So.. insyaALLAH kalau rajin & tengah kebosanan aku blog lagi apa2 yg terjadi.. hehe.. =)
- Arni in London, tengah menunggu untuk berbuka puasa jam 8.05pm
Tuesday, August 25, 2009
In The Train To London...
Alhamdulillah dah selamat dan tgh dalam train waktu ni. Ada sedikit delay tadi selepas bertolak daripada Durham. Lepas daripada Darlington baru ada wireless connection. Terima kasih kepada Rosmin, Lutfi & K.zila sebab hantar gi train station. Thanks Amalina sebab datang rumah and say goodbye (x sempat amek gambar =(..). Yeah, yeah, I admit, I miss you guys already (walaupun x sampai sejam perjalanan lagi).
Kepada warga Bowburn yg x sempat nk jumpa and say goodbye, I'm so sorry kalau ada salah silap and semoga kita berjumpa lagi. Ralat juga sebenarnya sebab x sempat jumpa Kak Wan & Ustazah before berangkat coz they are amongst those yg paling mula2 kenal. Tapi insyaALLAH, ada jodoh, berjumpa la kita lagi one day.
Semalam sempat berbukak puasa ngan kawan2 terdekat, just a small get together. Alhamdulillah sempat jumpa Shifa & hubby gak. Would like to express my thanks to K.Zarina for the delicious chocolate cake.. siap ngan nama saya gitu =) TQ so much. Sorry coz kat dalam train ni susah sikit nak upload gambar lagipun x upload lagi daripada camera ke dalam laptop. InsyaAllah next time k.
Alhamdulillah sekarang train berjalan lancar ke destinasi seterusnya. Nasib la seat sebelah mine ni kosong. Ada reservation dari Durham ke Kings Cross juga, so dah xde org duduk masa kat Durham tadi.. I am having the 2 seats to myself. Doakan semua berjalan lancar selepas ni ye.
My bags banyak, terover acting sikit. Diorang tgk pun susah hati, altogether ada 5 begs (including beg bekal makanan + beg laptop). InsyaAllah okay je. Lagipun last time dari London ke Durham pun bwk 4 beg. Last tyme dari Heathrow guna tube gi kings cross tapi sampai London ni aku amek cab pegi Paddington.. x larat nak pakai tube ngan beg yg sarat.. haha..
Sekarang train dah bertolak dari york. X sangka pulak hari ni ramai juga penumpang, Ingat amek yg jam2 macam ni lengang la sikit.. hmmpphh.. Pastu x dapat letak simpan untuk semua beg.. dah penuh dah masa naik tadi.. Tapi nasib ada space untuk 2 beg medium size tu =) So buat masa ni keep on eye pat beg besar tu je.. Setiap kali train berhenti jadi giraffe tgk tempat beg.. hehe.. Tawakkal je la ek.
Buat masa ni kena peka dengan masa untuk berbuka puasa. Wahh rasanya ni first time bukak posa dalam train nih.. Sebelum ni yg sempat puasa dalam bus menuju ke London.. Perut dah mula berkeroncong.. adakah akibat x bersahur ataupun sebab saja je nak mengada? hehehe
Okaylah.. nak stop blog.. kalau ada connection nanti before balik Brunei aku blog kalau x, dah sampai brunei nanti aku blog hehe.. Okay then, salam semua..
Bye Bye Durham..
-Arni HS
Friday, August 21, 2009
Salam Ramadhan =D
________________________________________
More memories to be cherished while in Bowburn, Durham...
# Uno partner @ Costa..
Seperti biasa, our spontaneous oragnizer telah mengajak untuk borak2 and release tension kat costa sambil2 main uno. First round uno main the normal one and then the second was the beginning of the "uno partner" game. Dengan undian menggunakan card uno 1-4, yang dapat #1 akan partner ngan #3 dan #2 ngan #4 and for the first time jugak la Rosmin main secara partner ni and telah TERundi menjadi partner ngan aku. We are totally rivals when it comes to uno individuals and x sangka pulak, we are OK as a team.. Dah lama x main uno partner ni actually. This is a unique game where we share & pasang strategy with our partners untuk memastikan kumpulan masing2 menang. Walaupun pada mulanya kalut jugak nk pasang strategy, dah la cakap besar2, terdengar dek kumpulan satu lagi. Pastu towards the end dah ok dah pakai bahasa "berbunga-bunga" hahaha XD Apapun, ada 4 rounds dalam uno game partner tu.. Final result: SERI 2 sama.. hehehe =P (Kalau x ada la yg tak tido lena malam nih XD)
Seperti biasa, nak bubuh gambar untuk kenangan main uno partner kat costa below:
Our team: Me & Rosmin
Bye Bye.. Jumpa di Brunei =)
i. Boxes for shipping settled
Alhamdulillah, akhirnya setelah ber"kurun lama" kotak2 ku menghiasi bilik bawah rumah #60, officially on the 20th of August 2009, wakil drpd Atlantis Shipping company (on behalf of Brunei government) telah mengambil kotak2 tersebut pagi hari Khamis itu. Setelah bersengkang mata pack the final item i.e my printer and cellotaping the last few boxes, I finally get to sleep at around 4am (just before kot or after?) and tau2 pagi tu terdengarlah ketukan di luar pintu rumah. Sah2 dek kerana keletihan menyelesaikan process labelling, cellotaping, menyorong dan mengangkat kotak2 itu, x sedar pun it was already 10am.. ditambah lagi cuaca yang sedang hujan.. fuhh lagilah makin x sedar diri rasanya XD. So, dalam keadaan yg blur, terus je freshen diri dan layan wakil tu sort out my boxes. Syukurlah walaupun pada mulanya hanya 10 (8 kotak & 2 luggages) yg telah di beritahu kpd BSU (Brunei STudent Unit) tapi di minit2 akhir, 3 kotak berukuran sederhana telah di tambah dan alhamdulillah the overall measurement hanya over 1 cu.ft sahaja. Was told by the boss of the company that kalau excess 1 kotak (dlm 4 cu.ft total) kena bayar 20 pound. So, disebabkan hanya 1 cu.ft je terlebih, diorang cincai je and therefore semuanya free.. (well Bruneian students (gov. sponsorship) memang dikhaskan 40 cu.ft (bagi yg single) each for shipping) Therefore, yipeeee.. syukur. (Tak sia2 tambah kotak lagi *ahaks*). Tapi syukur kehadrat Illahi sebab akhirnya settle satu hal dengan lancar (sungguh happy). Gambar bawah adalah 12 out of 13 boxes + luggages aku.. =D (the box yg ada printer and paling berat tinggal dlm bilik, dah tak larat bwk keluar). p/s: TV tu x masuk okeh =P
ii. Sesi UNO di Costa Services dekat Bowburn
Last Monday, 3 jejaka yang baru je pulang daripada trip ajak gi bersosial (secara Muslim) di Costa dekat bowburn (itupun setelah x jumpa kedai coffee lain area2 on the way to newcastle). Aku sebernarnya salute jugak diorang ni. Dah la 10 hari backpacking, x rasa letih2nya.. sempat pulak lagi ajak gi minum hot chocolate. Bukan apa actually, since I'm going back to Brunei and kebetulan Mahadi dah nak balik Dundee hari selasa, so memang lepas ni x tau lagi bila dapat jumpa ngan Mahadi, therefore amek la peluang tu untuk borak2 sikit a. nd dalam pada itu sempat la main UNO 2 round (2 kan? hehe). Best jugak sebenarnya main uno kat kedai2 coffee ni.. tapi kalau balik Brunei, kelakar la pulak rasanya kalau nk main uno kat kedai mana2.. Mesti ada yg jeling2, senyum2 kambing lah, jealous tahap gaban la tu konon.. haha.. tapi x sesuai sgt la kot kalau nk buat aktiviti uno kat kedai2 makan/minum di Brunei. Kalau gi pantai ke, mana2 tempat lain ok kot? InsyaALLAH nanti kita cuba. Btw, gambar bawah ni tgh main uno first round.. Lutfi sebenarnya dah start "pening2 lalat" tapi masih mampu bermain uno.. (tu yg bestnyee !!) Cuba teka sapa menang? hehehe
Tapi sebelum bertolak gi costa tu, diorang sempat bekalkan aku ngan....(refer gambar bawah)..
Anyway, back to the food.. honestly (ikhlas ni tau), sedap gilerrr la babe... aku makan 2 hari udang tu cicah sambal belacan ngan nasik... Ni mesti ikut air tangan yg memasak nih.. tapi I'm surely gonna miss korang punya masakan lepas balik ni... =(
Okaylah.. xnak ceta sedih2 sal balik pulak sebab all I wanna do now is to enjoy as much as I can in Durham with my beloved friends. I know time is ticking fast tapi life goes on.. =)
-Arni, last few days in Bowburn, Durham - uk
Monday, August 17, 2009
Bengang.. =D
Jangan tertipu dengan tajuk post kali ini. Walaupun memang pada hakikatnya pagi tadi ada sedikit bengang dengan editing process previous post entry (dan telah pun berputus asa & let it just be the way it is now) tapi untuk entry kali ni adalah bertujuan untuk berkongsi dengan korang semua my favourite AF7 student - Akem (Afiq Hakim Ahmad) pemenang #3 musim ke 7 tersebut punya lagu single versi studio yang diberi tajuk bengang =)
To watch the video clip (I love it so much! Walaupun simple, scene sorang diri je tgh bawak kereta ngan expresi bengang dia.. Superb!! Suka sgt2.. haha tapikan.. kalau kita dah suka orang, semua pun nampak best ! *ahaks* XD). So, click this link for Akem's "Bengang" single: http://www.youtube.com/watch?v=rWSRm-SdIcQ
As usual, nak kongsi Lirik lagu bengang ngan you all.. ENJOY =D
Tajuk Lagu: Bengang
Penyanyi: Akim Af7
Aku bosan dengan cintamu
Aku rasa buang masa
Kau selalu mendustakan cintaku
Aku fikir kau tak searus
Lebih baik ku beralih
Biarkan diriku terus bersendiri
Ku tak fikir engkau setia
Walau jasad dan juga nyawa
Sebagai tanda cintamu padaku katamu
Chorus*:
Tak mungkin ku percaya
Kata-kata yang penuh dusta
Hanyalah bibir berkata
Yang memilukan
Menambah bengang rasa hampa
Terusiknya diriku terasa
Cukup berkali kau berkata
Jangan diulang lagi dusta
Jangan kau pujuk hati yang terluka
Tak mungkin akan ku kembali
Jika janji sekadar mimpi
Tak mungkin ku sama dirimu yang sering berdusta
Repeat Chorus*
Benci hati ku diserang pilu
Benci hati ku teringat janjimu
O.. Oohh.. Caramu
Akan kuteruskan hidupku
ohhh tanpamu
Oh.. Repeat Chorus*
Friday, August 14, 2009
GooDBye DuRHaM... (iN aDVaNCe...)
i. Tarikh berangkat ke London.. Officially annouced =D
Saturday, August 8, 2009
Genap Setahun Selepas...
Several stories untuk dikongsi pada post kali ni.. =)
# Anniversary =D
# Trip 2 Dalton Park..
Setelah sekian lama, berkesempatan untuk ke Dalton Park semula. The last time was a day after boxing day 2008 kalau x salah. Thanks to Rosmin sebab bawak kitorang (Aku, Dij, K.Zila & Lutfi) ngan kereta ke sana. Alhamdulillah tanpa kesesatan mencari arah jalan, sampai dengan selamatnya di dalton park around 6pm. Memang dah check online, hari Khamis, 6th August tu, kedai bukak sampai 8pm.. So, aktiviti round kedai dimulakan, aku ngan Dijah satu team.. We start dari kedai Next and berakhir di kedai Whittard. Oh kebetulan hari tu hari Nisfu Syaaban and aku, Dij & Rosmin posa sunat that day, so.. risau2 gak sampai rumah terlepas maghrib. Bukan apa, memang ada plan dah menu berbuka hari tu oleh master chef #60 ;o) Bagi pihak perempuan (ewah2, macam rombongan meminang pulak dah.. haha), kitorang selesau dah shopping before 8pm, pihak lelaki pulak, lebih suka menunggu kedai tutup, xnak bazir peluang kot =P.. So, alhamdulillah sampai juga kat rumah, makanan pun masak by the time untuk berbuka. Thanks chef masak sedapp.. Alhamdulillah tercapai posa sempena Nisfu Syaaban. Anyway, below gambar aku, Dij & K.zila tgh menunggu budak2 (whoppss), mamat 2 org tu siap bershopping.. hehe.. (cuba teka sapa yg paling byk shopping? Jgn tertipu dgn tempat duduk & plastik2 berhampiran.. *ahaks*)
# Poskad "Keji" 4rm "Kami"..
Ini adalah berkaitan dengan blog post my dearest BFF, Zeah.. dia x dpt upload postcard yg dihantar oleh kami. So, let me do it for her behalf.. hehe.. Sebelum tu ceta sikit kisah postkad ni.. Back to the day we (aku, lutfi & rosmin) went for a day trip to London on the 18th of July 2009 (Saturday). Actually kira aku & Lutfi gi bawak rosmin round2 London. So, we went kat area Tower of London and Lutfi came up with the idea of sending a postcard to Zeah from London. Therefore, beli postkad, and kitorang dpt spot dekat ngan postbox area tu jugak and tulis postkad tu.. Sebenarnya ayat yanga ku tulis mula2 biasa je, ayat "clean" and then telah "dikejikan" oleh..sapa lagi =P Then dari s atu ayat, di sambung ke satu ayat yg lain sehinggalah jadi seperti ini:
# Pengganti Woolworth Durham..
Jeng3, I've been asking myself weather sempat atau tidak aku membeli belah di kedai baru yang mengganti woolworth suatu masa dulu itu atau tidak sejak kerja2 pengubahsuaian dilaksanakan a few weeks (or was it months?) ago.. Aura2 dan gossip tentang kedai apa yang bakal mengambil alih tapak itu sudah berleluasa sejak bermulanya kerja2 pengubahsuaian.. and taraaa.. On the 10th of August, offically open.. Durham own's tesco Metro.. yipeee... lepas ni inda payah gi jauh2 gi Tesco Extra.. =)
Okay then, I think ni saja untuk post kali ni.. will updates on several things nanti.. insyaALLAH.. =D
Wednesday, August 5, 2009
Tentang Nisfu Syaaban..
Dalam kesempatan ni saya nak share some info mengenai Nisfu Syaaban in my blog, untuk ingatan bersama. Got this info daripada this website.
I'll just quote it here so that it's easier for my own reference =)
Nisfu dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah daripada bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima belas Syaaban iaitu siangnya empat belas haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam LailatulQadar. Saiyidatina Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah s.a.w telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari Baginda dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda s.a.w berkata dalam sujudnya, "Ya ALLAH, aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti Kamu memuji diriMu sendiri".
Setelah Baginda s.a.w selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a, "Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya ALLAH Azzawajal telah datang kepada hambaNya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki".
Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 Syaaban sebaik sahaja masuk Maghrib).
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Syaaban:
1) Solat sunat Nisfu Syaaban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini.
i. Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah Al-Fatihah.
ii. Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salam selepas 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah Al-Fatihah.
2) Membaca Surah Yasin 3 kali selepas solat Maghribnya.
i. Yasin pertama: mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada ALLAH s.w.t.
ii. Yasin kedua: mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada ALLAH s.w.t.
iii. Yasin ketiga: mohon ditetapkan Iman & Islam dan mati di dalam Iman.
3) Berpuasa pada siangnya ( mulai pagi esoknya - 15 Syaaban)
Disusun dengan bantuan Ustaz Abdul Kareem As-Saquofi
Arkib dari Risalah Surau Malabar Hidayatul Islam.
Oleh yang sedemikian, sama2lah kita memperbanyakkan ibadat dan beriman Kepada ALLAH s.w.t di setiap hembusan nafas kita, di setiap saat denyutan jantung kita, di setiap aliran darah ke seluruh badan kita dan marilah kita meningkatkan lagi amalan itu pada malam - malam terpilih seperti Nisfu Syaaban dan Malam LailatulQadar di bulan Ramadhan. Semoga kita semua di berkati dan dilindungi ALLAH s.w.t jua, AMIN.
...Summer Sales... n ...Rindu mereka...
Petang semalam, boring2 aku pergi round area Tk Maxx, Peacocks & Matalan yg dekat Tesco tu. Sempat la gi tesco tapi x larat nak beli n bwk byk benda.. hehe.. It seems that the summer sale is coming to its end soon.. adoii banyak lagi tempat yang x gi (walau bukan tujuan bershopping tapi kepuasan melihat sendiri benda2 sale tu sgt bebaloi, sekurang-kurangnya dah pergi tgk, ada berkenan beli, x berkenan pun puas hati window shopping).. Rasa sgt ingin pergi ke TJ Huges di Newcastle sambil2 ronda2 Eldon Square. Nanti la kalau ada masa, lagipun bulan posa dah semakin menghampiri dan itu petanda masa untuk balik Brunei juga semakin hampir =D
Ohh btw, selepas turun je bas dari Tesco ke Durham bus station, nasib sgt baik, bus x1 baru je sampai and tiba2 bus driver x1 kali ni tanya "Where to?" terdiam, terlupa sekejap, kemudian ckp "Bowburn".. heh, bukan apa.. selalunya naik bus, tunjuk kad, ambik tiket, ckp TQ, cari tempat duduk. Dah lama xde driver yg tanya soalan macam tu.. Aku fikir aku je yg mcm tu.. pas tu tiba kat Science site ada sorang mat salleh, tunjuk uni kad, ambik beberapa saat jugak untuk jawab soalan yg sama.. pun sama gak nak ke bowburn.. tersenyum aku dlm hati.. (sudah pasti reaksi aku macam tu tadi masa naik bus tuh).. Then sampai kat Sports center tu ada lagi sorang mat salleh.. Reaksi yg sama lagi buat kali ke 3.. pun nak ke bowburn.. aku apa lagi, tersenyum aku secara spontan bersendirian.. aiyooo harap2 xde la org perasaan, nanti aku dikata suka mamat tu pulak.. cis.. hehe XD
Cakap pasal nama tempat ni, terkenang pula masa mula2 dulu.. siap kena hafal nama tempat bus stop tu "Hare & Greyhound, Bowburn" berbelit-belit lidah aku nak menyebutnya.. Tu dulu, masa bus x1 tak free musim cuti semester, kena naik bus lain yg menuju ke bowburn, since banyak sangat stops, kena lah sebut the exact place.. kalau paling nak senang, jgn jadi org pertama naik, jadi yg ke 2 atau seterusnya, cakap je "The same please" hehehe =P (Teknik yg sama masih dipraktikkan pun.. ahaks).. Therefore, alhamdulillah tahun 2009 ni buat julung2 kalinya Durham uni memfreekan service bus x1 di antara Queen campus stockton ke durham bus station.. therefore, sgt2 la budget dalam transportation.
Tapi... jgn silap, harga train dah naik pula... hmmm, tiket nak gi London pun belum beli lagi.. alamak, I really need to set up an exact date soon. Kalau susah2 naik je bus national express la kot hehe.. =) Yea.. Balik kampung... oooo... balik kampung, wahh gembiranya hati aku.. yup, dah 2 tahun tak balik raya, tahun ni sambung raya semula in Brunei tapi I doubt it would be like it used to be before sebab ye lah.. dengan 2 kehilangan besar dalam family kami, it will never be the same again.. Kalau dulu pagi hari raya lepas pergi majlis makan2 sekampung kat surau, kitorang akan pergi la melawat kubur Allahyarham my uncle n other relatives yang terlebih dahulu meninggalkan kitorang. Kali ini, lawatan ke perkuburan tersebut lebih penting kerana tahun ini ada 2 lagi insan yang kami sgt2 sayang dan sgt2 rindui disemadikan di sana, iaitu Allahyarham nini laki & Allahyarhamah nini bini. Ya ALLAH, aku sangat merindui mereka.. *sob* *sob* Semoga roh mereka tenang di alam sana di jauhkan daripada azab kubur dan di tempatkan bersama org2 yang beriman. Amin.. Ya Rabbal Alamin..
- Signing off for now.. insyaALLAH nak posa besok.. sejak kat UK ni, hilang track tentang Islamic calendar and sedar2 rupanya dah nak nisfu syaaban.. Marhaban Ya Ramadhan.. Kedatanganmu sgt2 dinantikan.. Semoga umurku masih panjang untuk menikmati bulan yang penuh keberkatan itu, Amin =)
Tuesday, August 4, 2009
Nursyeffarni mencari bintang.. (",)
Ohh balik dari metrocenter tu balik rumah aku and idea si lutfi la nak main starboard game (bukan aku tu ah Kam..hehe) and aduii I've lost my winning touch lately.. inda lagi pandai manang! hehe.. ohh bintang... mengapa...?... =P Oh yea, sebelum berangkat gi metrocenter tu ada la kitorang lunch bersama ngan Amalina & Izzati sekali (TQ Amalina for the food =D) tapi x sempat jumpa Yusran & Aisyah coz terpaksa bergegas gi metrocenter dah..
Okaylah tu je dulu kot.. dah xde updates yang baru lagi.. Cuaca macam mendung je hari ni.. rasa macam nak gi sumwhere untuk menghiburkan hati yang terasa kosong.. =S.. Well, we'll see.. Assalamualaikum..