Wednesday, August 5, 2009

...Summer Sales... n ...Rindu mereka...

Salam,

Petang semalam, boring2 aku pergi round area Tk Maxx, Peacocks & Matalan yg dekat Tesco tu. Sempat la gi tesco tapi x larat nak beli n bwk byk benda.. hehe.. It seems that the summer sale is coming to its end soon.. adoii banyak lagi tempat yang x gi (walau bukan tujuan bershopping tapi kepuasan melihat sendiri benda2 sale tu sgt bebaloi, sekurang-kurangnya dah pergi tgk, ada berkenan beli, x berkenan pun puas hati window shopping).. Rasa sgt ingin pergi ke TJ Huges di Newcastle sambil2 ronda2 Eldon Square. Nanti la kalau ada masa, lagipun bulan posa dah semakin menghampiri dan itu petanda masa untuk balik Brunei juga semakin hampir =D

Ohh btw, selepas turun je bas dari Tesco ke Durham bus station, nasib sgt baik, bus x1 baru je sampai and tiba2 bus driver x1 kali ni tanya "Where to?" terdiam, terlupa sekejap, kemudian ckp "Bowburn".. heh, bukan apa.. selalunya naik bus, tunjuk kad, ambik tiket, ckp TQ, cari tempat duduk. Dah lama xde driver yg tanya soalan macam tu.. Aku fikir aku je yg mcm tu.. pas tu tiba kat Science site ada sorang mat salleh, tunjuk uni kad, ambik beberapa saat jugak untuk jawab soalan yg sama.. pun sama gak nak ke bowburn.. tersenyum aku dlm hati.. (sudah pasti reaksi aku macam tu tadi masa naik bus tuh).. Then sampai kat Sports center tu ada lagi sorang mat salleh.. Reaksi yg sama lagi buat kali ke 3.. pun nak ke bowburn.. aku apa lagi, tersenyum aku secara spontan bersendirian.. aiyooo harap2 xde la org perasaan, nanti aku dikata suka mamat tu pulak.. cis.. hehe XD

Cakap pasal nama tempat ni, terkenang pula masa mula2 dulu.. siap kena hafal nama tempat bus stop tu "Hare & Greyhound, Bowburn" berbelit-belit lidah aku nak menyebutnya.. Tu dulu, masa bus x1 tak free musim cuti semester, kena naik bus lain yg menuju ke bowburn, since banyak sangat stops, kena lah sebut the exact place.. kalau paling nak senang, jgn jadi org pertama naik, jadi yg ke 2 atau seterusnya, cakap je "The same please" hehehe =P (Teknik yg sama masih dipraktikkan pun.. ahaks).. Therefore, alhamdulillah tahun 2009 ni buat julung2 kalinya Durham uni memfreekan service bus x1 di antara Queen campus stockton ke durham bus station.. therefore, sgt2 la budget dalam transportation.

Tapi... jgn silap, harga train dah naik pula... hmmm, tiket nak gi London pun belum beli lagi.. alamak, I really need to set up an exact date soon. Kalau susah2 naik je bus national express la kot hehe.. =) Yea.. Balik kampung... oooo... balik kampung, wahh gembiranya hati aku.. yup, dah 2 tahun tak balik raya, tahun ni sambung raya semula in Brunei tapi I doubt it would be like it used to be before sebab ye lah.. dengan 2 kehilangan besar dalam family kami, it will never be the same again.. Kalau dulu pagi hari raya lepas pergi majlis makan2 sekampung kat surau, kitorang akan pergi la melawat kubur Allahyarham my uncle n other relatives yang terlebih dahulu meninggalkan kitorang. Kali ini, lawatan ke perkuburan tersebut lebih penting kerana tahun ini ada 2 lagi insan yang kami sgt2 sayang dan sgt2 rindui disemadikan di sana, iaitu Allahyarham nini laki & Allahyarhamah nini bini. Ya ALLAH, aku sangat merindui mereka.. *sob* *sob* Semoga roh mereka tenang di alam sana di jauhkan daripada azab kubur dan di tempatkan bersama org2 yang beriman. Amin.. Ya Rabbal Alamin..

- Signing off for now.. insyaALLAH nak posa besok.. sejak kat UK ni, hilang track tentang Islamic calendar and sedar2 rupanya dah nak nisfu syaaban.. Marhaban Ya Ramadhan.. Kedatanganmu sgt2 dinantikan.. Semoga umurku masih panjang untuk menikmati bulan yang penuh keberkatan itu, Amin =)

2 comments:

  1. wahhh.. shopping.... i miss shopping with u arni... yang sup sup sup hilang... hehehe.... will there be another chance that we will be shopping together?... mestilah... jadinya di brunei inda boleh shopping?...

    ReplyDelete