Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan =D

Assalamualaikum,

# Ramadhan yang dinantikan menjelang lagi.

Pada hari sabtu ni (22 hb Ogos 2009) secara official seluruh umat Islam di United Kingdom, Brunei, Malaysia dan negara2 lain juga akan mula menunaikan ibadat puasa. Alhamdulillah Ramadhan yang sangat dinanti-nantikan datang lagi. Semoga umur ini masih dipanjangkan untuk merasai kenikmatan yang ada di dalam bulan yang penuh kelebihan, keberkatan & kemuliaan ini.

Berbagai-bagai kelebihan yang terdapat di dalam bulan Ramadhan. Seperti yang dipetik daripada web ini: http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Ramadhan.html

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya, iaitu Rejab & Syaaban. Beberapa hadis yang telah disertakan di dalam web tersebut di atas, yang menceritakan tentang kelebihan di dalam bulan Ramadhan adalah seperti berikut:

i. Abu Hurairah r.a menyatakan - Telah bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan diikat segala syaitan. (Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e dan Ahmad dan Baihaqi)

ii. Daripada Abu Hurairah r.a daripada Rasulullah s.a.w telah bersabda dan bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuniNya segala apa dosanya yang telah lalu. (Diriwayatkan oleh imam Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Untuk selanjutnya sila layari laman web yang telah disertakan. Jadi, setelah kita sama-sama ketahui kelebihan yang terkandung di dalam bulan suci, bulan Ramadhan ini, sama-sama kita menunaikan ibadat puasa dengan rasa penuh rendah diri kepadaNya, berpuasa keranaNya, mendekatkan diri kepadaNya dan memohon kepadaNya sebanyak yang kita mampu. Lakukanlah ibadat puasa itu dengan penuh keimanan dan keikhlasan. Akhir kata, buat keluarga di Brunei, Para sahabat di Brunei, Malaysia, Durham, Mereka-meraka yang mengenali saya di mana jua berada, "SELAMAT BERPUASA & SALAM RAMADHAN"

P/s: Jumpa gambar di atas di web ini dan ini. Saya sangat2 suka dengan ayat-ayat yang tertera di dalam gambar-gambar tersebut.


________________________________________

More memories to be cherished while in Bowburn, Durham...

# Uno partner @ Costa..

Seperti biasa, our spontaneous oragnizer telah mengajak untuk borak2 and release tension kat costa sambil2 main uno. First round uno main the normal one and then the second was the beginning of the "uno partner" game. Dengan undian menggunakan card uno 1-4, yang dapat #1 akan partner ngan #3 dan #2 ngan #4 and for the first time jugak la Rosmin main secara partner ni and telah TERundi menjadi partner ngan aku. We are totally rivals when it comes to uno individuals and x sangka pulak, we are OK as a team.. Dah lama x main uno partner ni actually. This is a unique game where we share & pasang strategy with our partners untuk memastikan kumpulan masing2 menang. Walaupun pada mulanya kalut jugak nk pasang strategy, dah la cakap besar2, terdengar dek kumpulan satu lagi. Pastu towards the end dah ok dah pakai bahasa "berbunga-bunga" hahaha XD Apapun, ada 4 rounds dalam uno game partner tu.. Final result: SERI 2 sama.. hehehe =P (Kalau x ada la yg tak tido lena malam nih XD)

Seperti biasa, nak bubuh gambar untuk kenangan main uno partner kat costa below:

Our team: Me & Rosmin


Our Rivals: Lutfi & K.Zila (Tgh Khusyuk berbincang strategy tu.. =))

Okaylah, sehingga berjumpa di dalam post seterusnya.. Salam.
-A.R.N.I-

1 comment:

  1. masih tak puas hati dapat seri 2-2... keh keh keh!....nasib baik banyak kejer tak siap lagi.... klu tak... kena la main lagi sampai menang...kah kah kah!

    ReplyDelete