Assalamualaikum,
Hari ini, 11 July 2009 (in Durham Uk - 11.15pm), genaplah sebulan pemergian salah seorang insan yang kami (aku & semua ahli keluarga ku) sayang. Perginya seorang lagi hamba ALLAH menghadapNya & untuk menjalani kehidupan di alam yang lebih kekal daripada dunia, iaitu akhirat.
Al-Fatihah buat Allahyarham Haji Nayan bin Kahar, nenekanda ku, ayahanda kepada emakku yang pergi meninggalkan kami buat selamanya pada 11 June 2009.
Cepatnya masa berlalu, begitu pantas hari-hari kemarin pergi meninggalkan ku begitu sahaja. Setiap waktu, detik yang berlalu menyimpan berbagai agenda tersendiri, perkara-perkara suka, duka, pedih, sakit memenuhi hari-hari yg telah berlalu itu.
Aku rasa hari-hariku berlalu dengan begitu kosong.. bukan bermakna aku tidak mempunyai teman & sahabat yang sentiasa berada di sampingku, tapi sejak "hari itu" jiwaku seolah-olah "mati" dan aku seolah-olah menjalani kehidupan kini tanpa merasakan apa2.. kosong amat kosong..
Ya, aku tahu, aku perlu teruskan kehidupan ini tapi pada hakikatnya adakah aku masih mampu untuk meneruskannya? Terus berlakon di atas pentas dunia yang penuh dengan kepura-puraan? Terus menipu diri sendiri? Meneruskan hidup bertopengkan kepalsuan?
Aku sendiri tidak pasti mengapa aku masih mampu ketawa & tersenyum walaupun pada hakikatnya aku sedih, kecewa dan menangis dalam hati. Hidupku kini tidak seperti biasa. Ianya sudah berubah dan aku sepatutnya kini sudah mampu untuk menghadapi & menerima hakikat itu. Semuanya tidak akan pernah sama lagi. Semua perlu ku mulakan dari peringkat permulaan. Aku perlu mulai merangkak semula sebelum aku dapat berjalan.
Kamu mungkin tidak faham dan tidak akan pernah memahami kerana yang menghadapi semua ini adalah AKU dan hanya aku dan ALLAH sahaja yang lebih tahu akan apa yang ku rasakan kini. Aku dengan rendah hati dan redha memohon kepadaMu Ya ALLAH agar aku mampu meneruskan "kehidupan yang baru" ini dengan penuh kesabaran dan semoga ianya sentiasa di bawah lindungan & keberkatanMu jua, AMIN.
-Semua yang terjadi ini berpunca daripada diriku sendiri. Aku yang memulakannya dan akulah yang perlu mengakhirinya-
ASEAN- are we sustainable?
7 years ago
No comments:
Post a Comment