Thursday, July 23, 2009

Satu Kehilangan yang tidak akan ada pengganti..

Assalamualaikum,
Post entry kali ini didedikasikan buat seorang lagi insan yang amat-amat ku sayangi dan cintai, seorang hamba ALLAH yang sangat-sangat bererti dalam hidupku, yang telah mewarnai perjalanan hidupku, terutama sekali waktu-waktu sebelum usiaku berganjak dewasa..
Dialah nenekandaku,
Hjh Taibah @ Buntar binti Haji Aman
yang telah kembali kerahmatullah pada tanggal 22 Julai 2009.
Al-Fatihah.
Semoga roh nini bini di tempatkan bersama-sama orang yang beriman dan sentiasa dicucuri rahmatNya dan tenang di sana di samping suaminya, nenekanda Haji Nayan bin Kahar yang pergi terlebih dahulu menghadap Illahi pada 11 Jun 2009.
Beberapa hari yang lepas, baru saja genap memperingati dan selama 40 hari (lebih kurang) keluarga kami mengadakan majlis mingguan keramaian, keagamaan untuk mendoakan dan bertahlil buat nenekanda Hj Nayan, kini tanpa di sangka, majlis itu bersambung lagi hingga ke 40 hari seterusnya, kini untuk nenekanda Hjh Taibah.
Baru sahaja perasaan sedih di dalam hati ini mula surut dan beransur hilang, kini perasaan itu bermula lagi di tahap yang maksima. Tiada satu pun yang mampu menggembirakan aku buat masa ini, not even the sweet memories of London, the chance of watching Harry Potter, none. Apa yang ku rasa kini hanyalah kesedihan dan rasa kehilangan yang teramat sangat. Aku tidak ingin menangis tapi airmata ini dengan sendirinya mengalir deras. She meant so much to me, my family.
Nini bini merupakan insan yang banyak berjasa kepada kami sekeluarga. Dia lah yang menjaga kami adik-beradik sementara mak pergi bekerja sebelum kami memulakan persekolahan. Dialah insan yang tidak pernah mengenal lelah. Tidak pernah sekali aku dengar dia merungut tentang kerenah kami, cucu-cucu beliau. Yang tinggal kini hanyalah kenangan-kenangan indah bersamanya. Kenangan mengerjakan umrah bersamanya salah satu daripadanya, terlalu banyak untuk dinyatakan dan terlalu sedih untuk diingatkan..
Hari terakhir ku menatap wajahnya adalah hari terakhir ku menatap wajah nenekanda Hj Nayan juga, pada tanggal 25 May 2009. Maseh ku ingat betapa terkejutnya beliau apabila ku nyatakan bahawa malam itu aku akan "terbang" ke uk. Aku bersyukur aku sempat untuk memohon kemaafan dan keampunan daripada beliau, dengan deraian airmata ku ceritakan mengapa pemergian ku kali ini ku rahsiakan daripada kaum keluarga yang lain dan dengan airmata yang maseh berderaian dan rasa kepayahan untuk meninggalkan beliau, ku cium tangannya, ku cium kedua pipinya dan ku gagahkan diri meninggalkan dia. That was just a few hours before aku berangkat ke airport. Maseh terngiang-ngiang di telingaku ayat yang dilafazkan oleh beliau, seolah-olah mengerti perasaan yang terbuku di hati kecil ku di ketika itu: takut tidak akan berjumpa dia lagi selepas itu buat selama-lamanya. She said to me: (lebih kurang like this) "Kalau Tuhan masih kan temukan kita, berjumpa tani lagi tu"..
Ya, perkara yang aku takutkan itu, terjadi jua.. Aku pasrah Ya ALLAH, detik bagi setiap manusia itu untuk kembali kepadaMu memang sudah Kau tentukan tapi mungkin kerana aku tidak berada di situ untuk memberikan penghormatan dan lambaian/ciuman terakhir menambahkan lagi kesedihan di dalam jiwa. Aku memang insan yang lemah.. Apa-apapun, aku sentiasa mendoakan semoga roh mereka berdua sentiasa di bawah jagaanMu dan sentiasa dicucuri rahmatMu, AMIN.
What I remembered about nini bini, dia seorang yang sangat tabah dan beperwatakan yang lembut. Sentiasa menyayangi anak2nya serta cucu-cucu beliau tanpa perasaan pilih kasih. Semua dilayan dengan adil dan sama sahaja. Selain itu, seorang yang sangat arif dalam pembuatan kuih penyaram (sia2pun) but stopped making them selepas rumah bungsu been renovated few years back. I've been missing her penyaram eversince and I know now I'm gonna missed it forever..
Mempunyai kepakaran membuat tekiding/nyiru , suka menjahit, oleh kerana tiada apa yang hendak dilakukan, beberapa ketika dulu beliau berniaga secara kecil-kecilan di pondok berdekatan rumah. Ada ketikanya dengan bertemankan angin petang, beliau akan terlelap seketika di pondok tersebut. Tetapi beberapa tahun yg lepas ini, pergerakkan nini bini mulai terhad kerana bahagian lutut hingga bawah kaki beliau rasa macam berat dan sukar untuk di gerakkan. Bertemankan tongkat, digagahi juga dirinya untuk ke sana ke mari. But a few months back dia sudah tidak dapat berjalan jauh, mudah terasa semput dan letih, walaupun pergerakkan jarak yang tidak jauh. Sebelum kepulangan ku ke Uk, terdapat sakit lain pulak yang timbul. Bahagian bawah mata nini seolah-olah bengkak tetapi macam ada cecair di dalamnya. Begitu juga dengan tangan dan kaki beliau, mula membengkak tetapi hingga ke hari ini tidak diketahui puncanya.
Beliau tidak pernah merungut dengan derita yang sedang dialaminya dan dia seolah-olah dapat rasa bahawa "masa" untuk beliau menghadap Illahi semakin dekat sebab sudah mula bercakap mengenainya dan even mula untuk membahagikan harta-harta dan meninggalkan pesanan to our moms sekiranya dia dah takde nanti. It was a few days back, according to my cuz that she had a high fever, inda mau makan lagi and then on the afternoon of 22nd of July dengan disaksikan semua anak2, cucu2 beliau di rumah #6 kg mata-mata, nini menghembuskan nafas terakhir dengan tenang. Alhamdulillah pemergian beliau dikelilingi orang2 yang menyayangi dia.
Ya ALLAH, raya tahun ini sudah tentu tidak akan sama seperti yang sebelumnya.. Setiap yang dijadikan Tuhan di muka bumi ini adalah sementara. Setiap daripada kita apabila tiba masa itu nanti, akan kembali jua kepadaNya, sang pencipta kita.
-Aku ingin pulang, ingin menghadiahkan bacaan Yassin & Tahlil kepada nenekanda berdua.. Tapi bilakah akan terjadi detik itu? Aku sendiri belum pasti-
p/s Nini laki & Nini bini.. I miss you both so much. I Loved and will always love you both sampai bila2!!

6 comments:

  1. Salam Takziah. Banyak-banyak lah bersabar dan sedekahkan Alfatihah dan berdoa buat nenda tercinta. Moga roh Allahyarhamah dicucuri rahmatNya. Amin.

    ReplyDelete
  2. Takziah Arni...

    AL-FATIHAH buat Arwah

    Semoga Allah SWT mencucuri rahmat keatas roh Allahyarhamah serta semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh...Ameen

    Dari Allah SWT kita datang, kepada Allah SWT juga kita semua pasti akan kembali..

    Semoga Arni terus kuatkan semangat, sabar serta tabah dalam menghadapi ujian serta ketentuan dari Allah SWT ini...

    AL-FATIHAH

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah,

    aku tau ujian ini paling getir, paling hebat, paling sedih, paling berat untuk mu Arni. Memang, mau mengatakan sabar itu mudah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...tapi..Allah swt takkan memberikan ujian yang tidak dapat ditanggungi oleh hamba-Nya. Yakin lah...aku pasti jua roh-roh arwah sudah bermain2 ditaman syurga...

    Al-fatihah...

    ReplyDelete
  4. takziah juga dari aku. Allah lebih sayangkan mereka, kita doakan semoga roh mereka berdua dicucuri rahmat. Amin..
    memang sukar kehilangan insan2 tersayang dlm tempoh yg pendek ini. Insya-Allah semuanya akan baik nanti. Ambillah masa sekejap untuk tenangkan fikiran ok. Kita semua ada di sini untuk ko...

    ReplyDelete
  5. Salam Arni..
    Inalillah..
    I'm sorry to hear about your loss.. yeah, semoga roh mereka dicucuri rahmat. amin..

    Allah s.w.t. menguji hamba2nya dalam cara apa-pun.. kalau hamba2nya sabar, InsyaAllah akan ada berkatnya.

    My only advice is be strong.. I know you need time.. but like Amalina said, we are here for you.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih Rosmin, Faiza, Kak Nur, Amalina & Kamilah. TQ.. InsyaALLAH. Doakan saja I'll be able to go on with life dengan penuh redha & sabar..

    ReplyDelete